19/7/2020- Pandemik Covid-19 sememangnya mengejutkan kita semua bukan sahaja masyarakat Malaysia bahkan semua negara di seantero dunia terkesan dengan kewujudan pandemik ini. Sehingga hari ini, dianggarkan melebihi 14 juta pesakit yang terkena penyakit ini dan peningkatan kes jelas terlihat setiap hari. Walaupun peningkatan ini dapat dilihat setiap hari, namun syukur ke hadrat Ilahi kerana negara Malaysia merupakan salah satu negara yang menunjukkan penurunan jumlah kes harian. Perkara ini pasti menggembirakan kita semua. Namun diingatkan kepada semua perjuangan ini belum berakhir dan kita masih lagi berperang melawan pandemik ini, maka sentiasa fokus dan cakna dalam memastikan kita mampu memenangi peperangan ini.

Sepanjang pandemik ini berlaku terdapat banyak perubahan-perubahan yang dialami oleh semua orang. Perubahan yang pada awalnya dari kehidupan normal sehingga datangnya pandemik ini memaksa kita semua untuk melaksanakan satu norma kehidupan baharu yang berbeza dari kehidupan sebelumnya. Norma baharu yang mementingkan kepada kebersihan diri serta penjagaan jarak sosial di antara satu sama lain ini tidak dinafikan merupakan salah satu bentuk perubahan yang baik dan memberikan impak yang positif kepada rakyat Malaysia. Namun begitu, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijangka ditamatkan pada 31 Ogos 2020 sekali lagi akan membawa perubahan setelah 4 bulan lebih hidup dalam fasa PKP.  Perubahan fasa  dikenali sebagai fasa pasca pandemik Covid-19 akan mengambil tempat tidak lama lagi di negara kita.

Oleh itu, saya akan berkongsi kepada pembaca antara persediaan pasca pandemik Covid-19 ini yang boleh dititikberatkan khususnya kepada sektor pendidikan berikutan sesi persekolahan yang bakal dibuka sepenuhnya tidak lama lagi. Pertama sekali, semua lapisan masyarakat perlulah mengamalkan norma baharu yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Rakyat perlulah mengelakkan 3S iaitu elakkan diri dari tempat yang sempit, sesak dan bersembang dalam jarak dekat. 




Di samping itu pengamalan 3W pula perlu dalam membendung pandemik ini menjadi semakin melarat. 3W terdiri dari Wash, Wear, dan Warn. Selain itu,  memakai pelitup muka, dan  mengamalkan kebersihan diri amatlah dituntut. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya kita dapat membantu mencegah dari berlakunya gelombang kedua pandemik ini. Di sekolah, guru perlulah sentiasa memantau pelajar agar tidak ada yang melanggar Prosedur Standard Operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh KPM dan pihak sekolah.



Walaupun PKPP yang bakal ditamatkan menjadi satu petanda negara kita semakin menghampiri kemenangan dalam peperangan melawan Covid-19, namun tidak wajar untuk kita mempertaruhkan nyawa kita semua dengan mengambil tindakan drastik mengabaikan SOP yang telah menjadi norma baharu kita semua. Hal ini kerana, kita semua tidak mengetahui bila gelombang kedua akan berlaku. Dengan mengambil kira pembukaan semula sektor-sektor perniagaan, pendidikan, pelancongan sertta pembukaan sempadan negara yang pasti akan menjadi penyebab berlakunya gelombang kedua sekiranya kita semua tidak berjaga-jaga


"PENDIDIKAN MERINTIS PERUBAHAN"



Post a Comment

Terbaru Lebih lama