Assalamualaikum WBT. dan salam sejahtera. Pertama sekali, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang Maha Esa, blog Cikgu Anas dapat dibangunkan dengan lancar dan jayanya pada 27 November 2019. Tujuan utama pembangunan blog ini adalah sebagai medium perkongsian dalam dunia pendidikan baik dalam kalangan guru mahupun komuniti agar terdedah dengan isu-isu semasa serta dunia ilmiah khususnya yang berkaitan dengan pendidikan, kaunselin dan psikologi.
Serba sedikit berkaitan dengan diri penulis, nama penuh penulis adalah Anas bin Arshad yang juga merupakan seorang guru bimbingan dan kaunseling yang kini cuti belajar bergaji penuh di bawah program Hadiah Latihan Perkhidmatan (HLP), tajaan KPM. Pendidikan penulis bermula di sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu sebelum menyambung pelajaran di peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah St. Dominic Lahad Datu. Penulis kemudiannya menyambung pelajaran pada peringkat menengah atas di Kolej Vokasional Lahad Datu, Sabah. Setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia, penulis melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dengan pengkhususan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian Bimbingan dan Kaunseling dan yang terkini penulis melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Psikologi Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) atau juga dikenal sebagai (SPADA) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Penulis aktif dalam aktiviti luar seperti ceramah motivasi dan kepimpinan, perkongsian ilmiah serta penulisan artikel. Tamabahan pula, penulis turut meminati bidang pengucapan awam, kesukarelawanan dan sukan. Moto utama penulis ialah "PENDIDIKAN MERINTIS PERUBAHAN". Moto ini hasil adaptasu daripada kata-kata seorang tokoh dunia yang disegani ramai iaitu Nelson Mandela yang mengatakan bahawa pendidikan merupakan senjata yang paling ampuh untuk mengubah dunia bahkan moto ini juga selaras dengan ajaran Al-Quran menerusi wahyu yang pertama Rasulullah SAW apabila didatangi malaikat Jibril A.S. yang mengajar baginda membaca lima ayat pertama dalam surah al-Alaq. Ini jelas menunjukkan pendidikan mampu mengubah seseorang ke arah pencerahan dan kebaikan.
Diharapkan semoga dengan wujudnya blog ini dapat memberikan manfaat kepada semua warga pendidik di Malaysia khususnya dalam kalangan guru dan komuniti agar mampu untuk mewujudkan negara Malaysia yang lebih baik.
"PENDIDIKAN MERINTIS PERUBAHAN"
ANAS BIN ARSHAD
Tahniah Anas.
BalasPadamTerima kasih cikgu hebat
PadamAlhamdulillah.
BalasPadamTahniah Anas...
Syabas & tahniah abg ucapkan.
Teruskan mengeksplore diri...kerana DIHUJUNGNYA nanti pasti ada SINAR MENTARI..������
Terima kasih abangku yang baik hati, nasihat dan dorongan akan sentiasa tersemat dihati
BalasPadamTerima kasih tuan kaunselor
BalasPadamWahh..tahniahhh gengg. All the best dan terus maju jaya��
BalasPadamTerima kasih geng
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamterbaik, teruskan berkarya 👍
BalasPadamSelamat menempuh alam pekerjaan anas.. Dan semoga terus suksess.. Amin
BalasPadamSelamat menulis Cikgu Anas
BalasPadamTahniah cikgu Anas.Teruskan menulis utk kebaikan warga pendidik. Jgn lupa kami di sini ...bekas guru, bakal guru juga dll di perlis. Tempat jatuh lg dikenang. Inikan pula tempat menimba ilmu.- mummy-
BalasPadamCatat Ulasan